Kapal tempur (1911) kelas King George V

Audacious sedang berlayar, sekitar tahun 1914
Ringkasan kelas
Nama: Kelas King George V
Pengguna: Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Didahului oleh: kelas Orion
Diganti oleh: kelas Iron Duke
Ditauliahkan: 1912–1944
Disiapkan: 4
Musnah: 1
Diskrapkan: 3
Ciri-ciri umum (terbina)
Jenis: Kapal tempur Dreadnought
Sesaran: 25,420 long ton (25,830 t) (normal)
Panjang: 597 ka 9 in (182.2 m) (o/a)
Lunas: 89 ka 1 in (27.2 m)
Draught: 28 ka 8 in (8.7 m)
Installed power:
Jana kuasa: 4 × syaf; 2 × set turbin stim
Halaju: 21 knot (39 km/j; 24 mph)
Jarak: 6,310 nmi (11,690 km; 7,260 bt) pada 10 knot (19 km/j; 12 mph)
Anak kapal: 860–1,114 anak kapal (1916)
Persenjataan:
Perisai:

Kapal tempur kelas King George V adalah sekumpulan empat kapal tempur dreadnought yang dibina untuk Royal Navy (RN) pada awal tahun 1910an yang kadang-kadang disebut super-dreadnought. Kapal-kapal kembar menghabiskan sebahagian besar kerjaya mereka dengan ditugaskan ke Skuadron Tempur Ke-2 dalam Armada Utama dan Armada Besar, kadang-kala bertugas sebagai kapal pemerintah. Pada Oktober 1914, Audacious melanggar sebiji periuk api dan karam. Selain daripada mengambil bahagian dalam cubaan gagal untuk memintas kapal Jerman yang telah mengebom Scarborough, Hartlepool dan Whitby pada akhir 1914, Pertempuran Jutland pada Mei 1916 dan Pertempuran 19 Ogos 1916 yang tidak membawa sebarang keputusan, perkhidmatan kapal-kapal yang terselamat semasa Perang Dunia I umumnya membuat rondaan rutin dan latihan di Laut Utara.

Tiga kapal yang masih bertahan dikurangkan tugasnya ke simpanan pada tahun 1919 sebelum ditukarkan ke Armada Mediterranean pada 1920–1921 dimana ia memainkan peranan kecil dalam Campur tangan pihak Sekutu dalam Perang Saudara Rusia dan Krisis Chanak tahun 1922. Kapal pertama yang pulang ke Britain, King George V, menjadi sebuah kapal latihan pada tahun 1923 tetapi dua lagi kapal diletakkan semula sebagai simpanan apabila mereka kembali pada tahun berikutnya. Kemunculan dua kelas-Nelson pada 1927 memaksa penjualan King George V dan Ajax untuk disekerapkan pada hujung tahun 1926 manakala Centurion ditukarkan sebagai kapal sasaran untuk mematuhi pengehadan tanan Perjanjian Tentera Laut Washington.

Semasa Perang Dunia II, kapal tersebut telah dilengkapi semula dengan senjata ringan dan ditukar kepada kapal blok dan kemudian diubah suai menjadi sejenis umpan dengan turet meriam palsu. Centurion telah dihantar ke Mediterranean pada tahun 1942 untuk mengiringi konvoi ke Malta, namun pihak Itali dengan pantas membongkar helah tersebut. Kapal ini sengaja ditenggelamkan semasa Pencerobohan Normandy pada tahun 1944 untuk membentuk satu tembok penahan ombak.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy